10 Akibat Kurang Minum Air

Fungsi Air Dalam Tubuh

  1. Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mentgawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
  2. Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.
  3. Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan toksin menerusi air kencing.
  4. Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
  5. Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
  6. Selain itu, air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.

Berapa Gelas Air Diperlukan Tubuh Sehari

Secara umumnya, kita disarankan oleh doktor dan pakar pemakanan tambahan (Nutritionist) untuk minum 8 gelas air sehari. Cara ini SALAH. Air harus diambil mengikut keperluan tubuh masing-masing. Air diperlukan mengikut berat tubuh kita.

Formula keperluan air dalam tubuh adalah seperti berikut:

Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25kg berat badan.

Contohnya, katakan berat badan anda ialah 75kg, maka mengiraannya ialah :

25kg = 1 Liter

75kg ÷ 25kg = 3 Liter

Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah tiga liter.

Maka, jika berat anda ialah 60kg, hanya 2.4Liter air diperlukan sehari.

Akibat Kurang Minum Air Kosong

Berikut merupakan 11 akibat kurang minum air kosong akan kita alami:

  1. Masalah Pencernaan
    Dinding usus adalah complex dan mengandungi 80% ketebalan lapisan air. Kekurangan air boleh menyebabkan masalah sembelit dan perut memulas.

  2. Radang Sendi
    Tulang rawan di setiap sendi adalah terdiri dari sekitar 80% air. Tulang rawan sendi memiliki permukaan yang halus, dan perlu sentiasa memiliki pelincir pada sendi menyebabkan terjadi pergeselan antara sendi. Sendi yang sentiasa bergesel akan mengakibatkan terjadinya arthritis.

  3. Tekanan Darah Tinggi
    Kurang minum air menyebabkan beberapa pembuluh kapilari tertutup menebabkan darah tidah dapat bergerak dengan sempurna ke beberapa bahagian. Ini mengakibatkan terjadinya tekanan darah tinggi.

  4. Kulit Kusam, Kering, Kasar dan Tidak Bermaya
    Ini berkait rapat dengan dehidrasi. Kekurangan air akan meyebabkan kulit menjadi kusam, kering, kasar dan tidak bermaya.

  5. Ginjal
    Ginjal merupakan organ tubuh yang amat penting dalam menapis dan mengumuh sisa toksin dalam tubuh. Kurang minum air akan membuatkan ginjal melakukan kerja dengan lebih keras, sisa toksin pula akan berkumpul dengan lebih banyak dan boleh mengakibatkan ginjal menjadi rosak.

  6. Urin Berwarna Pekat
    Air kencing yang normal akan berwarna jernih dan sedikit kekuningan. Kurang minum air akan mengakibatkan air kencing bertukar warna menjadi sangat keruh

  7. Sakit Ketika Membuang Air Kecil
    Dehidrasi boleh menyebabkan masalah sakit ketika membuang air kecil. Kesakitan yang dialami adalah tanda bahawa pundi kenci telah mengalami jangkitan kuman. Pastikan air kosong yang mencukupi untuk mengelak masalah ini.

  8. Pening Dan Sakit Kepala
    Seperti dinyatakan, otak mengandungi 75% air. Kurang minum air masak mengakibatkan bekalan air ke kepala juga menjadi kurang. Ini akan membawa kepada masalah pening dan sakit kepala. Bagi ummi pula, kurang minum air akan ters membawa kepada masalah migrain.

  9. Mudah Mengantuk
    Adalah menjadi kebiasaan kita akan lebih mengantuk di siang hari di bulan ramadhan. Ini disebabkan kurang minum air kosong yang menyebabkan kesegaran tubuh hilang. Maka terjadilah masalah mudah mengantuk.

  10. Dehidrasi
    Dehidrasi merupakan akibat yang berkait rapat dengan kurangnya pengambilan air kosong. Antara tanda-tanda dehidrasi ialah bibir yang kering merekah dan berdarah, keletihan, kehausan yang amat sangat, hilang nafsu makan, hilang daya tumpuan dan jika di tahap kronik, dehidrasi boleh menyebabkan anda mengalami halusinasi.Perlu diingat, air bukan sahaja diperoleh melalui air kosong sahaja. Buah dan sayuran juga membekalkan air kepada tubuh. Oleh itu, pastikan pemakanan yang seimbang dan pengambilan air yang cukup untuk mengelak masalah yang diakibatkan oleh kurangnya air dalam tubuh.Moga bermanfaat.

    __________
    Eh kejap, jangan lupa dapatkan air oksigen Bubbles O² di stesen minyak yang terpilih, atau dapatkan daripada ejen-ejen kami yang sah, ataupun anda boleh hubungi terus kepada kami.Follow media sosial kami untuk dapatkan tajaan air Bubbles O² secara PERCUMA selama setahun!

    Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCoOWUjgk6gEj_mWPJqciIUA

    Instagram : https://www.instagram.com/bubbles.o2/

    Website : http://www.bubbleso2.com/

    Whatsapp kami untuk order : http://www.wasap.my/+60132893448

    #bubblesnaturaloxygenwater #bubblesO2

Similar Posts