Ikut cara ini yang boleh buat anda awet muda! | Bubbles O2

Ramai orang cakap, ‘Petua awet muda ialah minum banyak air’. Tapi apa maksudnya?

 

Air merupakan salah satu elemen terpenting dalam tubuh perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda menjadi cergas dan bertenaga. Air perlu diambil pada waktu dan jumlah yang tepat serta konsisten.

 

 

 

 

Bilakah Waktu Yang Tepat Untuk Minum Air Putih?

 

(A) Minum Dua Gelas Air Selepas Bangun Tidur

Tidur pada waktu malam membenarkan tubuh berehat dan organ melakukan proses detoksifikasi. Ketika ini tubuh akan mengalami dehidrasi atau kekurangan cecair. Sebaik-baik sahaja bangun daripada tidur adalah waktu terbaik untuk minum air putih. Air putih ini boleh membantu menggiatkan organ dalaman, merangsang metabolisme dan membuang racun di dalam tubuh.

(B) Minum Satu Gelas Sebelum Mandi

Kuasa air memang tidak perlu disangkal lagi. Sebelum masuk ke bilik air disarankan untuk mengambil segelas air kerana jumlah air ini dapat membantu mengembangkan pembuluh darah yang mengakibatkan tekanan darah turun. Kemampuan air ini turun mencairkan tingkat natrium dalam tubuh juga turut membantu menurunkan tekanan darah dalam tubuh.

(C) Minum Satu Gelas Air 30 Minit Sebelum Makan

Makan bersulamkan air adalah suatu amalan yang patut ditinggalkan. Sebaik-baiknya minum segelas air setengah jam sebelum makan untuk membantu penghadaman. Sementara itu, selepas makan digalakkan untuk minum air semula selepas 30 minit. Air yang terlalu banyak selepas makan boleh merosakkan pencernaan kerana mengganggu sistem semula jadi asid dan empedu yang diperlukan dalam perut untuk proses penghadaman.

 


 

Eh kejap, jangan lupa dapatkan air oksigen Bubbles O² di stesen minyak yang terpilih, atau dapatkan daripada ejen-ejen kami yang sah, ataupun anda boleh hubungi terus kepada kami.
Follow media sosial kami untuk dapatkan tajaan air Bubbles O² secara PERCUMA selama setahun!

Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCoOWUjgk6gEj_mWPJqciIUA

Instagram : https://www.instagram.com/bubbles.o2/

Website : http://www.bubbleso2.com/

Beli jee online dekat –> https://www.bubbleso2.com/buy-online/

#bubblesnaturaloxygenwater #bubblesO2

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *